Mukadimah
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pembuka bicara. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan beribu - ribu terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Tak kenal maka tak kenal. Jadi saya perkenalkan diri saya: Ariff Mahmood Ariffin. Di ruangan ini, sudi kiranya saya berkongsi dengan anda semua mengenai ilmu agama Islam, perasaan strawberinya hati, karya imaginasiku, dan secebis pengalaman. Dan laman web ini, akan dikemaskini setiap hari Jumaat untuk berkongsi ilmu, topik dan perkara yag berlainan setiap minggu. Selain itu, di ruangan ini juga adalah tempat kita berkomunikasi, berinteraksi. Jadi, apa tunggu lagi, Jom kita serbu laman web ini... ahhak
Posted by
Ariff Mahmood Bin Ariffin
Thursday, April 30, 2009
1 Mei 2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sekali lagi kita bertemu di dalam nawaitudihatiku. Dan pada kali ini kita akan membicarakan topik 'Mengetahui Kelemahan Diri'.
Setiap manusia mempunyai kelemahan diri masing - masing termasuk saya sendiri. Betul tak? Tidak ada manusia yang sempurna di dalam dunia ini kecuali Rasulullah SAW yang dijadikan bersifat
maksum yakni terpelihara dari sifat - sifat yang negatif.
Sifat - sifat negatif dapat dikenali melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia. Dalam istilah ilmu tasawuf, sifat - sifat negatif ini dikatakan sifat
mazmunah. Diantaranya ialah riya', sombong, dengki, pemarah, dendam, bakhil, tamak, banyak makan, mengumpat, dan sebagainya.
Sifat - sifat negatif ini melekat di hati seperti daki yang melekat di badan. Kalau anda malas nak mencucinya, maka daki itu akan semakin menebal dan semakin kuat ia bertapak di badan. Sebaliknya kalau anda rajin meneliti dan mengosoknya, maka bersihlah badan anda. Dan bagaimana untuk kita membuang sifat negatif bukanlah mudah seperti membuang daki di badan. Ianya memerlukan latihan jiwa yang bertubi (latihtubi), didikan yang berterusan dan tunjuk ajar yang berkesan dari seorang pembimbing di samping ia sentiasa berusaha kuat untuk membersihkan jiwa demi kesempurnaan peribadinya.
Disini diberikan contoh bagaimana nak menghilangkan sifat kedekut. Jikalau dia sedar dia bersifat kedekut, maka hendaklah dia berazam / berniat untuk mengikis sifat tersebut. Caranya, memperbanyakkan sedekat.
Baiklah, setakat ini sahaja yang saya dapat sampaikan, ringkas dan padat. Dan harapan saya, agar ilmu ini dapat disampaikan, dimanfaatkan dan difahami semuanya. Berjumpa lagi kita di minggu hadapan, dengan tajuk yang baru pasti menarik perhatian anda. Assalamualaikum.
Posted by
Ariff Mahmood Bin Ariffin
Saturday, April 25, 2009
Sebagai permulaannya, Elok kiranya kita berkongsi sedikit sebanyak ILMU berkaitan AL-FATIHAH.
Surah AL-FATIHAH diturunkan di Makkah (ada pendapat menyatakan sekali di Mekah dan sekali lagi di Madinah. Kadangkala surah ini dinamakan FATIHATUL KITAB (Pembukaan), UMMUL KITAB (Ibu AL-QURAN), AS SAB'UL MATHANI (7 ayat diulang - ulang). Menurut Imam Shafie ayat BISMILLAH HIR ROHMAN HIR ROHIM dikira ayat AL-FATIHAH. Membaca AL-FATIHAH merupakan RUKUN pada setiap rakaat solat. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al - Bukhari dan Muslim menyatakan, Nabi Muhammad SAW bersabda: tidak sah solat orang yang tidak membaca AL-FATIHAH.
SYARAT SAH AL-FATIHAH
1. Mendengar bacaan sendiri jika pendengarannya baik.
2. Membaca ikut urutan ayat 1 hingga 7.
3 Memberi perhatian kepada Makhraj huruf serta kejelasan Saddahnya.
4. Tidak melakukan kesalahan bacaan sehingga berubah maknanya. (jika telor bacaannya tidak boleh diubah tetapi membawa makna yang tepat tetap dibolehkan)
5. Membacanya dalam bahasa Arab. (tidak sah membaca terjemahannya)
6. Membaca AL-FATIHAH ketika berdiri, jika ruku' sambil menghabiskan bacaan FATIHAHnya (bacaan tersebut batal)